Cara-cara mengerjakan haji dan umrah ada tiga perkara:

  1. Haji Ifrad, iaitu dengan mengerjakan haji bersendirian terlebih dahulu, Apabila selesai keluarlah semua ke kawasan tanah halal, maka berihramlah dengan umrah pula.
  2. Haji Qiran, iaitu dengan mengerjakan sekaligus pekerjaan haji dan umrah. Syaratnya hendaklah meniatkan kedua-duanya sekaligus yakni dengan haji dan umrah dan menjadilah ia orang yang muhrim (yakni berihram) dengan keduanya, kemudian dia mengerjakan semua pekerjaan haji, dengan sendirinya pekerjaan umrahnya termasuk ke dalam pekerjaan haji tadi. Orang yang berhaji Qiran ini dikenakan ke atasnya Dam, iaitu dengan menyembelih seekor kambing, kecuali jika ia dari penduduk Makkah.
  3. Haji Tamattu’, iaitu bila meniatkan umrah melampaui batasan Miqat. Sesudah selesai umrah, bertahallullah ia di Makkah, lalu halallah baginya semua larangan-larangan ihram, sehingga tiba waktu haji, barulah meniatkan ihram dengan haji pula. Orang yang mengerjakan seperti ini dikenakan ke atasnya Dam seekor kambing jika tiada mendapati kambing, maka hendaklah ia berpuasa 3 hari waktu haji sebelum Hari Raya haji, sama ada bersambungan mahupun berceraian, kemudian bila pulang ke negerinya, ia berpuasa sebanyak 7 hari lagi untuk mencukupkan 10 hari kesemuanya.

Bab seterusnya ialah Larangan-larangan Haji.

Klik untuk kembali ke senarai tajuk-tajuk utama dalam “Kitab Rahsia Haji”

About these ads