Waktu-waktu yang dimakruhkan bersembahyang ada lima:

  • Selepas sembahyang asar
  • Selepas sembahyang subuh
  • Selepas tergelincirnya matahari
  • Waktu terbitnya matahari
  • Waktu tenggelam matahari.

Semua waktu-waktu ini makruh melakukan sembahyang yang tidak bersebab. Adapun sembahyang-sembahyang yang ada sebabnya seperti mengqadhakan sembahyang sunnat, sembahyang kerana gerhana matahari atau bulan, atau sembahyang jenazah maka tiadalah dihukumkan makruh.

Sebab larangan ialah untuk memelihara diri dari menyamai perbuatan orang-orang yang menyembah matahari pada ketika itu.

Dan juga untuk menimbulkan daya dan tenaga. Jadi dengan menjauhi waktu-waktu tersebut ialah sebagai tambahan pendorongan dan menimbulkan perhatian untuk menunggu selesainya masa-masa itu.