Blog ini adalah sambungan dari usaha untuk mengadakan laman web Kitab Bimbingan Mukminin http://www.geocities.com/bimbinganmukmin/. Kami membuat keputusan untuk berpindah ke bentuk blog kerana ianya lebih mudah untuk dikemaskini.

Insha Allah, kami akan secara beransur memindahkan segala yang telah ada di laman http://www.geocities.com/bimbinganmukmin/ ke blog ini serta menambah yang baru yang telah terhenti kira-kira dua tahun.

Namun, blog ini hanya untuk rujukan “online” sahaja demi kemudahan kaum muslimin sekalian, kami tetap mengesyorkan agar setiap individu muslim memilki senaskah kitab ini. Dan untuk versi Bahasa Melayu yang baik terjemahannya, kami cadangan naskah terbitan Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura (sama ada dalam tulisan rumi atau jawi). Walaupun kami telah meneliti beberapa versi dari cetakan lain, namun naskah terbitan PN ini lebih mudah untuk pembaca Malaysia memahaminya.

Dan jika diberikan kesempatan, sayugialah kita berusaha mencari mana-mana tempat yang ada pengajian kitab ini secara berguru. Antara yang telah kami kenal pasti akan kami senaraikan di sini – Kelas Pengajian

Memandangkan kesukaran menulis teks Al-Qur’an, dengan papan kekunci biasa, hanya terjemahan sahaja dimasukkan buat masa ini.  Dan jika terdaya kami akan memasukkan beberapa ayat dalam tulisan Arab secara “copy/paste” dari mana-mana sumber internet.

Doakan agar dapat kami teruskan usaha murni ini.

Wassalam