Kitab Rahsia Sembahyang Dan Keutamaannya

Bab: Sembahyang sunnat yang boleh diqadha’kan

.

Diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda pernah bersembahyang dua rakaat sesudah asar. Para sahabat bertanya:

Bukankah tuan hamba telah melarang kami dari melakukan sembahyang pada waktu ini?

Sabda baginda:

Dua rakaat yang saya sembahyang tadi, ialah sembahyang yang biasa saya lakukan sesudah zohor, tetapi saya telah terhalang daripadanya oleh perutusan yang datang tadi.


Saiyidatina Aisyah r.a pula berkata:

Rasulullah s.a.w apabila tertidur ataupun sakit sehingga baginda tidak bangun malam untuk bersembahyang, baginda akan bersembahyang pada awal siang hari (mengqadha’kannya) sebanyak dua belas rakaat.


Oleh itu barangsiapa yang biasa melakukan zikir pada waktu-waktu tertentu, lalu tertinggal kerana sesuatu uzur, maka sewajarnya lah ia tiada membiarkannya tertinggal begitu saja, bahkan hendaklah ia membuatnya pada waktu yang lain, sehingga tiada terbiasa bagi dirinya merasa senang-senang untuk meninggalkan sesuatu yang berfaedah. Menggantikan masanya dengan masa yang lain adalah baik sekali, kerana tujuan menentang hawa nafsu dan dengan maksud supaya ia tiada bermalas-malas untuk melangsungkan tertib amalannya terus-menerus.

Advertisements