Ketahuilah, bahawasanya yang haram itu semuanya jelek, tetapi setengahnya lebih jelek dari setengah yang lain.

Begitu juga keadaannya dengan yang halal semuanya baik, tetapi setengahnya lebih baik dari yang setengah, bahkan lebih suci dari setengah pula. Sebab itulah maka darjat kewara’an orang yang menjauhkan diri dari yang haram itu bertingkat-tingkat pula keadaannya.

Terdapat empat tingkatan kewara’an, iaitu:

1. Wara’ dengan menjauhkan diri dari segala perkara haram yang difatwakan oleh para fuqaha.

2. Wara’ dengan menghidarkan diri dari perkara yang syubhah kerana takut kemungkinannya berasal dari yang haram.

3. Wara’ terhadap perkara yang tiada samar lagi tentang penghalalannya, tetapi dikhuatiri akan menarik kepada yang haram; iaitu seperti meninggalkan perkara yang harus dilakukan.

4. Wara’ melakukan sesuatu yang sememangnya tidak ada apa-apa yang menghalangnya atau tidak berdosa, akan tetapi dilakukannya atau diperolehinya bukan kerana Allah dan tidak pula atas niat bertaqwa kepada Allah, atau menguatkan diri untuk beribadat kepadaNya.

Advertisements