April 2011


Arti keunggulan di sini, ialah berdiri teguh atas cinta yang berterusan, hingga menemui maut, kemudian yang hidup akan meneruskan kecintaan itu terhadap anak buah si mati dan para sahabatnya. Sebab maksud cinta itu, ialah supaya berpanjangan hingga ke Hari Akhirat. Jika cintanya terputus sebelum mati, nescaya akan sia-sialah amalan dan hilanglah segala usaha.

Diceritakan dari Rasulullah s.a.w., bahawa baginda pernah memuliakan seorang perempuan tua, lalu para sahabat bertanya sebabnya. Jawab baginda: Perempuan tua ini selalu datang ke rumah kami di waktu haya Siti Khadijah, dan sesungguhnya kemuliaan janji itu dari agama.

Termasuk arti keunggulan kepada kawan ialah memelihara sekalian rakan-rakan dan sanak-keluarganya yang menggantungkan kehidupan mereka kepadanya. Mengambil berat tentang hal-ehwal mereka ini lebih berkesan dalm hati kawan it daripada mengambil berat tentang dirinya sendiri. Ia akan berlonjak gembira kerana ada orang yang mengambil tahu tentang kesusahan para tanggungannya yang mana itu menunjukkan pula tanda kukuhnya kasih sayang dan cinta seorang kawan kepada kawannya.

Apabila seseorang itu berkasih sayang pada jalan Allah jangan biarkan kasih sayang itu bercampur aduk dengan dengki dan hasad baik dalam perkara agama ataupun dunia. Bagaimana hatinya sampai tergamak mendengkinya, padahal segala yanga ada dalam tangannya itu, adalah untuk kawannya dan segaa manfaat dan maslahat akan kembali kepada kawannya,

Dengan contoh serupa inilah Allah s.w.t telah mensifatkan orang-orang yang bercinta pada jalan Allah dengan fimanNya:

“Mereka tiada menyimpan keinginan dalam hati, terhadap apa yang diberikan kepada mereka, dan mereka mengutamakan orang lain dari diri sendiri.”   (al-Hasyr: 9)

Jika ada keinginan di dalam hati, tentulah ada iri hati dan perasaan dengki.

Termasuk dalam arti keunggulan lagi ialah: Jangan pai keadaannya berubah dalam perhubungan dengan sahabatnya andaikata ia mendapat pangkat, atau luas pengaruhnya, ataupun tinggi kedudukannya. Meninggikan diri ke atas rakan-rakan kerana sebab-sebab tersebut tadi adalah sifat yang tercela. Lihat apa kata penyair dalam maksud ini:

Manusia budiman bila dalam kemewahan sentiasa teringat kawan yang bersamanya dalam rumah yang buruk.

Selanjutnya hendaklah anda ketahui, bahawasanya pengertian keunggulan itu bukanlah bila anda menyetujui rakan anda menjejaki jalan batil dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama yang suci, malah hendaklah anda menentangnya serta menasihatinya kerana Allah.

Sebagai tanda kebenaran dan keikhlasan dalam persahabatan serta keunggulan dalam diri, hendaklah anda merasa berat bila hendak berpisah dengan kawan, tidak dapat ditanggung oleh diri biar apa pun sebabnya. Kata seorang penyair:

Semua bencana zaman dapat kutanggung

Hanya berpisah dengan kekasih saja berat padahnya.

Ibnu Uyainah menyajak, katanya: Pernahku bergaul dengan sepuak kaum yang kini telah keberpisah dengan mereka selama 30 tahun. Tetapi hasrat perpisahan itu masih belum hilang lagi dari hatiku.

Antara tanda keunggulan lagi, agar ia tiada mengendah perceksokan orang kan segala percekcokan orang lain terhadap kawannya, ataupun berkawan dengan musuh kawannya.

Berkata Imam Syafi’I rahimahullah: Apabila kawanmu sudah mentaati kehendak musuhmu maka kedua-duanya telah bersyarikat dalam permusuhanmu.

Advertisements

Sewajarnyalah seorang sahabat mendoakan sahabatnya dengan doa yang baik-baik, bagi diri sahabat itu dan ahli rumahtangga serta sekalian orang yang dalam tanggunggannya, sebagaimana dia mendoakan bagi dirinya sendiri; sama ada sahabat itu masih hidup dalam dunia ini, mahupun sudah mati.

Dalam sebuah hadis ada tertera:

“Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka Malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga.”

Dalam Hadis yang lain pula:

“Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak.”

Abu Darda’ berkata; Aku sentiasa mendoakan untuk 70 orang dari sahabatku ketika aku dalam keadaan sujud terhadap Allah, aku sebutkan nama mereka satu-satu.

Berkata Muhammad bin Yusof al-Ishfahani: Siapakah yang kiranya dapat disamakan dengan seorang sahabat yang saleh? Keluargamu membahagi-bahagikan harta peninggalanmu dan mereka mengecap kenikamatan dari harta benda yang kamu wariskan untuk mereka. Padahal sahabat yang saleh itu duduk seorang diri berdukacita kerana kepergianmu, amat merasa bimbang dengan keadaan yang kamu sedang menghadapinya dan apa yang akan terjadi terhadap kamu, dia mengangkatkan tangan mendoakan kamu di tengah malam, manakala engkau sedang berada di dalam lapisan bumi.

Berkata setengah para salaf: Mendoakan orang-orang yang sudah mati itu, samalah seperti mengirimkan hadiah-hadiah kepada orang-orang hidup.

Keterlanjuran kawan di dalam agamanya boleh ditegur secara lemah-lembut dengan jalan nasihat, sebagaimana yang telah kita sebutkan sebelum ini. Jika kawan itu terus tidak mengendahkan nasihat, maka menurut pendapat para salaf, hendaklah memutuskan perhubungan dengannya.

Setengah yang lain berpendapat boleh diteruskan perhubungan dan rasa kasih sayang dengannya, tetapi harus membenci segala kelakuannya yang buruk itu.

Adapun ketelanjurannya terhadap diri kamu meskipun membosankan, tiada diragukan lagi utamanya dimaafkan dan menanggung dengan penuh daya-upaya segala kesalahannya itu. Malah harus dibalas dengan cara yang baik, ataupun mengharapkan sesuatu keuzuran daripadanya, sama ada dalam waktu yang dekat mahupun jauh.

Ada orang berkata: Sewajarnyalah anda mencari alasan bagi keterlanjuran sahabatmu itu hingga 70 macam alasan (keuzuran). Andaikata jiwamu tiada dapat menerima alasan itu, maka jangan disalahkan orang lain melainkan dirimu sendiri. Katakanlah kepada dirimu ketika itu: Alangkah kerasnya hatimu itu. Sahabatmu mengemukakan keuzurannnya hingga 70 kali, kamu masih tidak mahu menerimanya Sebenarnya engkaulah yang tercela dan bukan sahabatmu!

Al-Ahnaf berkata: Hak seseorang sahabat atasmu ialah agar kamu menanggung tiga macam perkara, iaitu:

(1) Penganiayaan disebabkan kemarahannya

(2) Penganiayaan disebabkan perubahan keadaannya

(3) Penganiayaan disebabkan kesalahnnya

Walau bagaimanapun sekalipun, bila seorang sahabat mengemukakan sebab-sebab keuzurannya, sama ada bohong apatah lagi kalau betul, maka hendaklah anda menerima keuzuran itu, sebab orang Mu’min yang sejati ketika dalam keadaaran marah, ia segera pula redha dengan alasan yang dikemukakan kepadanya. Dan kalau mesti marah atau benci pun, maka janganlah bersikap keterlaluan.

Allah telah berfirman:

“Moga-moga Allah akan menukarkan keadaan kamu dengan orang-orang yang kamu bermusuh-musuhan itu dengan kasih sayang.” (al-Mumtahinah: 7)

Berkata Umar Ibnul-Khattab r.a.: Awas, jangan sampai kecintaan kamu itu seperti dipaksa-paksakan, atau kebencian kamu pula seperti membinasakan. Maksudnya sehingga kamu merasa senang hati akan kebinasaan sahabatmu itu.

Bersambung dari Cara menunai hak persaudaraan – teguran dan nasihat

Oleh kerana itulah maka Umar Ibnul-Khattab r.a. meminta para sahabatnya untuk menunjukkan keaibannya. Beliau berkata: Moga-moga Allah merahmati orang yang menunjukkan keaiban saudaranya.

Salah seorang para salaf menulis kepada saudaranya, katanya: Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa orang yang selalu membaca al-Quran sedangkan hatinya amat terpikat kepada harta kekayaan dunia, maka saya belum yakin bahawasanya ia tiada tergolong orang-orang yang suka mengejek-ejek keterangan-keterangan Allah Ta’ala.

Allah s.w.t telah mensifatkan orang-orang yang suka berbohong itu dengan sikap orang yang membencikan orang-orang yang menyampaikan nasihat, firmanNya:

“Akan tetapi kamu tiada menyukai orang-orang yang memberikan nasihat.” (al-A’raf: 78)

Ini sekiranya keaiban itu dilakukan secara tidak sengaja atau secara lalai. Akan tetapi sekiranya keaiban itu dilakukan dengan sengaja, maka hendaklah mengambil sikap lemah-lembut dalam menyampaikan nasihat atau teguran. Sekali dengan sindiran dan sekali lagi dengan terang-terangan, dengan syarat tidak sampai menimbulkan kebosanannya.

Jika anda dapati bahawa nasihat itu tidak memberi apa-apa kesan pada dirinya, malah semakin dinasihati semakin menjadi-jadi kelakuan tidak baik itu ditunjukkannya, maka berdiam diri itu adalah lebih utama. Itu semua jika berkaitan dengan maslahat-maslahat kawanmu dalam hal-ehwal agama dan dunianya.

Adapun jika berkaitan dengan kepentingan diri kamu, di mana ia telah dicuaikan oleh kawan, maka hendaklah kamu menanggungnya dengan sabar dan cuba memaafkan dan melupakan saja, ataupun pura-pura tidak melihat.

Melibatkan diri dalam menegur orang serupa itu tidak ada gunanya. Ya, jika keterlaluan kelakuan buruknya itu mungkin akan menyebabkan putus perhubungan antaranya dengan anda, maka memarahnya dengan secara rahsia itu lebih baik daripada menegur secara terus terangan, ataupun menulis surat kepadanya adalah lebih utama daripada mencelanya dengan lisan.

Walaupun begitu, yang lebih utama dari ini semua ialah menahan diri dari bertindak, jika boleh.

Oleh kerana itulah maka Umar Ibnul-Khattab r.a. meminta para sahabatnya untuk menunjukkan keaibannya. Beliau berkata: Moga-moga Allah merahmati orang yang menunjukkan keaiban saudaranya. Salah seorang para salaf menulis kepada saudaranya, katanya: Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa orang yang selalu membaca al-Quran sedangkan hatinya amat terpikat kepada harta kekayaan dunia, maka saya belum yakin bahawasanya ia tiada tergolong orang-orang yang suka mengejek-ejek keterangan-keterangan Allah Ta’ala. Allah s.w.t telah mensifatkan orang-orang yang suka berbohong itu dengan sikap orang yang membencikan orang-orang yang menyampaikan nasihat, firmanNya: “Akan tetapi kamu tiada menyukai orang-orang yang memberikan nasihat.” (al-A’raf: 78) Ini sekiranya keaiban itu dilakukan secara tidak sengaja atau secara lalai. Akan tetapi sekiranya keaiban itu dilakukan dengan sengaja, maka hendaklah mengambil sikap lemah-lembut dalam menyampaikan nasihat atau teguran. Sekali dengan sindiran dan sekali lagi dengan terang-terangan, dengan syarat tidak sampai menimbulkan kebosanannya.  Jika anda dapati bahawa nasihat itu tidak memberi apa-apa kesan pada dirinya, malah semakin dinasihati semakin menjadi-jadi kelakuan tidak baik itu ditunjukkannya, maka berdiam diri itu adalah lebih utama. Itu semua jika berkaitan dengan maslahat-maslahat kawanmu dalam hal-ehwal agama dan dunianya. Adapun jika berkaitan dengan kepentingan diri kamu, di mana ia telah dicuaikan oleh kawan, maka hendaklah kamu menanggungnya dengan sabar dan cuba memaafkan dan melupakan saja, ataupun pura-pura tidak melihat.  Melibatkan diri dalam menegur orang serupa itu tidak ada gunanya. Ya, jika keterlaluan kelakuan buruknya itu mungkin akan menyebabkan putus perhubungan antaranya dengan anda, maka memarahnya dengan secara rahsia itu lebih baik daripada menegur secara terus terangan, ataupun menulis surat kepadanya adalah lebih utama daripada mencelanya dengan lisan. Walaupun begitu, yang lebih utama dari ini semua ialah menahan diri dari bertindak, jika boleh.

Bersambung dari Cara menunai hak persaudaraan – mengajarnya ilmu pengetahuan yang berguna

Teguran dan nasihat itu hendaklah disampaikan secara rahsia, supaya tiada seorang pun yang mengetahuinya, kerana nasihat yang disampaikan di hadapan khalayak ramai itu, bukanlah teguran atau nasihat, melainkan suatu kecemaran yang memalukan.

Teguran yang disampaikan secara rahsia itulah yang dinamakan belas kasihan dan nasihat yang sebenarnya.

Berkata Zun-Nun: Bersahabat kepada Tuhan dengan menurut perintahNya. Bersahabat kepada makhluk dengan mengambil nasihatnya. Bersahabat kepada nafsu dengan meninggalkan keinginannya.

Janganlah menyangka bahawa menasihati seorang kawan itu akan menyebabkan hatinya tidak senang, kerana mengingatkan apa yang ia tiada mengetahui itu, merupakan tanda belas kasihan dan itulah yang dinamakan persepakatan hati – yang maksudnya di sini ialah jiwa orang-orang yang waras fikirannya.

Adapun orang-orang yang kurang akalnya, maka tentu sekali tiada boleh dikira dalam kategori di atas tadi. Ketahuilah, bahawa orang yang mengingatkan kamu atas perbuatanmu yang jahat, atau menegur kelakuanmu yang tidak senonoh supaya kamu mengubahnya itu, samalah seperti orang yang memberitahu kamu; ada seekor ular atau kala jengking dikakimu, dan binatang itu hampir pula membinasakan kamu.

Andai kata kamu marah kepada orang yang memberitahu itu, tentulah amat dahsyat sekali kebodohan kamu itu!

Kelakuan-kelakuan yang buruk itu samalah seperti  kala-jengking dan ular, sebab ia akan membinasakan kamu di akhirat kelak. Kelakuan-kelakuan itu akan merosakkan hati dan jiwa, dan pedihnya lebih hebat daripada anggota dan tubuh bdan yang digigit ular atau kala jengking, kerana kelakuan-kelakuan yang tidak senonoh itu dijadikan Allah dari api neraka yang bernyala-nyala.

Bersambung dari Cara menunai hak persaudaraan – membela kehormatan dan diri sahabat.

Tugas yang lain terhadap kawan, ialah mengajarnya ilmu pengetahuan yang berguna serta memberikan nasihat yang berfaedah. Sebab hajat kawan kepada ilmu pengetahuan tidak kurang dari hajatnya kepada harta kekayaan.

Maka jika anda kaya dengan ilmu pengetahuan, sayugialah anda membantu mengajarnya dari kelebihan ilmu yang ada pada anda, dan menunjukinya ke jalan mendatangkan baginya manfaat dunia dan akhirat.

Andaikata sesudah anda mengajar dan menunjukkannya jalan yang benar, malah dia tidak menurut petunjuk itu, maka hendaklah anda memberi masihat; iaitu dengan mengingatkannya tentang bencana-bencana perbuatan itu serta dengan mengingatkannya tentang bencana-bencana perbuatan itu serta faedah-faedahnya pula, jika ditinggalkan kelakuan itu.

Kemudian diingatkannya pula tentang perkara-perkara yang harus dibencinya, dunia dan akhirat, mudah-mudahan ia menginsafi dirinya dan tersedar akan kesalahan-kesalahan atau keburukan yan dilakukannya.

Bersambung dari Cara menunai hak persaudaraan – memelihara ucapan.

Lebih berkesan lagi dalam menarik rasa cinta kawan anda, ialah membela dirinya pada masa ia tidak berada dalam majlis yang apabila ada orang mengecam kehormatannya, sama ada dengan ucapan yang terang-terangan ataupun sindiran. Sebab hak persaudaraan itu ialah menyegerakan diri untuk melindungi kawan dalam segala hal, dan menolongnya menentang orang yang mencacinya, sehinggakan jika perlu boleh dikeraskan suara dalam menangkis kecaman dan cacian orang itu.

Mendiamkan diri dalam persoalan seumpama ini akan menyempitkan dadanya, dan menyebabkan kawan melarikan diri tidak ingin bersahabat terus dengan anda. Ini merupakan suatu kecacatan dalam hak persaudaraan.

Jadi membiarkan saja orang lain mencemarkan kehormatan kawan tanpa membuat sesuatu, samalah seperti membiarkan orang lain mengoyak-ngoyakkan dagingnya di hadapan anda.

Sejelek-jelek kawan, ialah bila ia melihat kawannya sedang diserang oleh anjing, dagingnya digigit-gigit oleh anjing tadi, padahal dia berdiam diri saja menonton kejadian itu berlaku di hadapan matanya. Dia tiada mempunyai belas kasihan atau simpati untuk mempertahankannya. Dan sudah memang diakui, bahawa mencemarkan kehormatan diri itu pada tekanan jiwa, adalah lebih berat ditanggung daripada dagingnya dikoyak-koyak oleh gigitan anjing.

Sebab itulah Allah s.w.t. telah menyamakan orang yang mencemarkan kehormatan orang lain itu dengan memakan daging saudaranya yang sudah mati.

Firman Allah Ta’ala:

“Sukakah seseorang kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? (al-Hujurat: 12)

Jelaslah, bahawasanya melindungi kawan dengan menolak celaan musuh-musuhnya dan menentang orang-orang yang mencacinya itu adalah wajib dalam ikatan persaudaraan yang tulen.

Setengah orang berkata: Setiap kali kawanku dicaci orang, melainkan aku gambarkan dirinya berada di hadapanku, maka akan aku ucapkan apa-apa yang patut didengarnya, jika ia hadir.

Next Page »