Arti keunggulan di sini, ialah berdiri teguh atas cinta yang berterusan, hingga menemui maut, kemudian yang hidup akan meneruskan kecintaan itu terhadap anak buah si mati dan para sahabatnya. Sebab maksud cinta itu, ialah supaya berpanjangan hingga ke Hari Akhirat. Jika cintanya terputus sebelum mati, nescaya akan sia-sialah amalan dan hilanglah segala usaha.

Diceritakan dari Rasulullah s.a.w., bahawa baginda pernah memuliakan seorang perempuan tua, lalu para sahabat bertanya sebabnya. Jawab baginda: Perempuan tua ini selalu datang ke rumah kami di waktu haya Siti Khadijah, dan sesungguhnya kemuliaan janji itu dari agama.

Termasuk arti keunggulan kepada kawan ialah memelihara sekalian rakan-rakan dan sanak-keluarganya yang menggantungkan kehidupan mereka kepadanya. Mengambil berat tentang hal-ehwal mereka ini lebih berkesan dalm hati kawan it daripada mengambil berat tentang dirinya sendiri. Ia akan berlonjak gembira kerana ada orang yang mengambil tahu tentang kesusahan para tanggungannya yang mana itu menunjukkan pula tanda kukuhnya kasih sayang dan cinta seorang kawan kepada kawannya.

Apabila seseorang itu berkasih sayang pada jalan Allah jangan biarkan kasih sayang itu bercampur aduk dengan dengki dan hasad baik dalam perkara agama ataupun dunia. Bagaimana hatinya sampai tergamak mendengkinya, padahal segala yanga ada dalam tangannya itu, adalah untuk kawannya dan segaa manfaat dan maslahat akan kembali kepada kawannya,

Dengan contoh serupa inilah Allah s.w.t telah mensifatkan orang-orang yang bercinta pada jalan Allah dengan fimanNya:

“Mereka tiada menyimpan keinginan dalam hati, terhadap apa yang diberikan kepada mereka, dan mereka mengutamakan orang lain dari diri sendiri.”   (al-Hasyr: 9)

Jika ada keinginan di dalam hati, tentulah ada iri hati dan perasaan dengki.

Termasuk dalam arti keunggulan lagi ialah: Jangan pai keadaannya berubah dalam perhubungan dengan sahabatnya andaikata ia mendapat pangkat, atau luas pengaruhnya, ataupun tinggi kedudukannya. Meninggikan diri ke atas rakan-rakan kerana sebab-sebab tersebut tadi adalah sifat yang tercela. Lihat apa kata penyair dalam maksud ini:

Manusia budiman bila dalam kemewahan sentiasa teringat kawan yang bersamanya dalam rumah yang buruk.

Selanjutnya hendaklah anda ketahui, bahawasanya pengertian keunggulan itu bukanlah bila anda menyetujui rakan anda menjejaki jalan batil dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama yang suci, malah hendaklah anda menentangnya serta menasihatinya kerana Allah.

Sebagai tanda kebenaran dan keikhlasan dalam persahabatan serta keunggulan dalam diri, hendaklah anda merasa berat bila hendak berpisah dengan kawan, tidak dapat ditanggung oleh diri biar apa pun sebabnya. Kata seorang penyair:

Semua bencana zaman dapat kutanggung

Hanya berpisah dengan kekasih saja berat padahnya.

Ibnu Uyainah menyajak, katanya: Pernahku bergaul dengan sepuak kaum yang kini telah keberpisah dengan mereka selama 30 tahun. Tetapi hasrat perpisahan itu masih belum hilang lagi dari hatiku.

Antara tanda keunggulan lagi, agar ia tiada mengendah perceksokan orang kan segala percekcokan orang lain terhadap kawannya, ataupun berkawan dengan musuh kawannya.

Berkata Imam Syafi’I rahimahullah: Apabila kawanmu sudah mentaati kehendak musuhmu maka kedua-duanya telah bersyarikat dalam permusuhanmu.

Advertisements