Bersambung dari Kitab Uzlah (Menyendiri) Dan Pergaulan bab kecil Faedah pergaulan – Mencari Pahala

Untuk melakukan sesuatu agar orang lain boleh memperoleh pahala, ialah dengan membenarkan orang melawatnya ketika ia sakit, atau menyampaikan kepadanya ta’ziah bila berlaku kematian dalam keluarganya, atau mengucap tahniah atas kenikmatan-keniknatan yang baru dicapainya. Cara macam ini akan mendatangkan pahala kepada orang-orang yang melakukannya.

Bagi dirinya, hendaklah ia mempertimbangkan segala pahala-pahala yang akan diperolehi disebabkan percampur gaulan ini dengan bahaya-bahaya yang kami sebutkan satu persatu di atas. Ketika itu akan jelaslah persoalannya.

Mungkin sekali baginya uzlah atau memencilkan diri itulah yang lebih diutamakan atau diberatkan. Mungkin pula bercampur gaul dengan orang ramai yang patut diikuti.

Advertisements