Tugas kelima dalam mengeluarkan zakat ialah hendaknya anda memandang pemberian itu amat kecil sekali, sebab jika anda merasakan pemberian itu besar; atau banyak kelak mungkin anda merasa ujub (bermegah diri).

Dan sifat ujub itu adalan di antara sifat-sifat yang membinasakan dan tentu sekali anda akan mensia-siakan amalan, bererti menghilangkan pahalanya.

Akan pendapat yang mengatakan bahawa tidak akan sempurna sesuatu kebajikan melainkan tiga perkara:

(1)   merasakan amalam itu kecil

(2)   menyegerakan amalan itu.

(3)   merahsiakan amalan itu, atau melakukannya secara sembunyi-sembunyi.

Advertisements