Ketahuilah, bahawasanya setiap orang yang belayar (bermusafir), sedangkan apa yang dituntutnya itu, seperti menambah ilmu pengetahuan, atau mempelajari urusan keagamaan, ataupun kerana mencari kelebihan rezeki untuk memenuhi tujuan keagamaan, maka orang itu tergolong orang-orang yang menempuh perjalanan keakhiratan.

Bagi orang yang bermusafir kerana tujuan-tujuan yang tersebut di atas, ada beberapa syarat dan tata-tertib, yang jika ia mencuaikannya terluputlah semua tujuan-tujuan tadi. Dan ia tidak lagi terkira sebagai orang yang menempuh perjalanan keakhiratan, malah tergolong orang yang bekerja untuk kepentingan keduniaan, ataupun tergolong dari pengikut-pengikut syaitan.

Tetapi sekiranya ia tetap berpegang kuat dengan syarat-syarat dan tata-tertib tersebut, maka pelayarannya itu tidak akan sepi dari berbagai-bagai faedah yang dapat dihubungkan dengan amalan-amalan keakhiratan.

Untuk kembali ke senarai tajuk-tajuk utama dalam “Kitab Tata-tertib Pelayaran (Musafir)”  – klik

Advertisements