Yang disebut dalam posting-posting sebelum ini adalah tata-tertib lahiriah, adapun tentang tata-cara atau adab-adabnya yang batin adalah berikut.

Ringkasnya ialah: Hendaknya jangan sampai ia bermusafir melainkan kerana menambah ilmu pengetahuannya.

Bila memasuki sesebuah bandar, ia niatkan dalam hati untuk menziarahi orang-orang tuanya dan berkenalan dengan ahli bijaksananya.

Dalam pertemuan itu, hendaklah ia cuba mempelajari dari mereka sesuatu adab, ataupun kalimah (pelajaran), agar ia dapat manfaat bagi dirinya, kemudian memanfaatkan pula kepada orang lain.

Apabila ia ingin tinggal di rumah seorang kawan, maka janganlah ia tinggal lebih dari tiga hari. Sebab itulah batasan yang wajib bagi orang yang menerima tetamu, jika ia meninggalkan rumahnya setelah habis tiga hari itu, maka tiada mengapalah ia tinggal lebih lama dari itu.

Sementara itu, hendaklah ia tidak menghabiskan masanya dalam pelayaran itu, dengan melakukan perkara-perkara yang tiada berfaedah sama sekali, kerana yang demikian itu akan memutuskan keberkatan pelayarannya.

Klik untuk kembali ke tajuk: Tata-tertib orang musafir
Klik untuk kembali ke senarai tajuk-tajuk utama dalam “Kitab Tata-tertib Pelayaran (Musafir)”

Advertisements