Cara pertama untuk mengenal keaiban diri ialah hendaklah ia duduk dengan seorang Syaikh (Guru) yang terang matahatinya.

Guru itu boleh mengetahui keaiban-keaiban diri muridnya. Guru tersebut pula dapat menyingkap apa-apa yang bersarang di dalam hati dari berbagai-bagai noda dan penyakit, lalu ia pun menurut petunjuk-petunjuk yang diberikan oleh guru itu dalam perjuangan menolak bahaya-bahaya itu.

Inilah caranya seorang murid dengan gurunya, iaitu guru akan memberitahukan kepadanya segala keaiban-keaiban dirinya dan ditunjukkan pula cara-cara mengubatinya.

Advertisements