Adalah menjadi hasrat kami untuk menerbitkan keseluruhan kandungan Kitab Bimbingan Mukmin (Judul asal dalam bahasa Arab – Mau’izhatul Mu’minin min Ihya’ Ulumiddin) dalam laman ini supaya dapat dicapai dengan mudah untuk tujuan rujukan secara on-line.
Namun, kami menggalakkan para pengunjung memiliki sendiri mana-mana terbitan/edisi naskah bercetak (kami cadangkan edisi terbaru Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura) untuk dijadikan bimbingan hidup kita ke arah menjadi seorang mukmin.
Memandangkan ianya suatu usaha yang besar, kami membinanya secara beransur-ansur dan akan dikemaskinikan dari masa ke semasa. Insha Allah. Walaubagaimanapun, usaha ini hanyalah kecil berbanding dengan apa yang telah dihasilkan oleh pengarang asalnya serta mereka yang telah berusaha menterjemah dan menerbitkannya pelbagai edisi sebelum ini.
Dengan keterbatasan kemampuan, hanya teks rumi terjemahan yang dimasukkan. Teks arab Al Quran dan Hadith akan diusahakan pada peringkat yang akan datang, insha Allah.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyediakan laman ini. Wassalam
August 21, 2010 at 8:01 am
adakah kitab ini di ambil dari kitab ihya ulumuddin, atau syarah kitah ihya ulumuddin
December 2, 2010 at 11:10 pm
setahu saya iya adalah ringkasan kitab ihya ulumiddin….
December 2, 2010 at 11:57 pm
Betul
February 26, 2012 at 3:34 am
Subaru usaha yang mulia, amat bermanafaat.Saya amat suka.Semoga Allah merahmati Ustaz.
February 26, 2012 at 3:59 am
Salam Ustaz.
Ini adalah suatu usaha yanag amat mulia, amat bermanafat.Saya amat suka sebigi.Cuma saya ingin mencadangakan dimasukan juga adhkar solat dalam bahasa ‘Arabnya disamping terjemahan.Jika tidak keterlaluan saya cadangka terjemahan hadith itu diletakan peririwatnya dan ayat Quran diletakan ayat dan surahnya.Wassalam.
February 26, 2012 at 7:18 am
Jazakallah atas cadangan yang baik itu.
Sememangnya menjadi hasrat kami untuk menyiarkan bersekali dengan ayat-ayat Al-Quran serta hadith dalam teks Arab.
Memandangkan ianya memakan masa sedikit maka didahulukan sekadar ini dulu.
InshaAllah mengikut perancangan penuh (jangkanya 3 tahun untuk siap semua) selepas siap memasukkan teks terjemahan ini, akan diperkemaskan dengan teks Arab untuk Quran dan Hadith.
Doakan moga ianya berhasil untuk dimanfaatkan bersama.
June 27, 2012 at 8:35 am
assalamualaikum…
mcm mne saya nk beli buku bimbingan mu’minin ini?
September 13, 2012 at 2:24 am
assalamu’alaikum……do we have the publication in english? it would be easier for my friend whom just converted’ to islam to understand the basics of our wonderful and truthful religion….thanks..