bloginfo


Maka kita telah tamat memaparkan turutan kiriman (posting) dari Jilid 1 Kitab Bimbingan Mukminin (Mau’izhatul Mukminin) yang mengandungi tajuk kitab-kitab berikut (klik pada tajuk-tajuk tersebut untuk membaca seterusnya – dan padanya nanti akan ada link untuk tajuk-tajuk kecil yang berikutnya):

Bermula lusa, kita akan memasuki Jilid 2 pula dan akan dipaparkan tajuk-tajuk kecilnya dengan cara beransur-ansur. Tajuk-tajuk utama dalam jilid ini adalah:

  • Kitab Melatih Diri Mendidik Budi Pekerti
  • Kitab Bencana Lisan
  • Kitab Mencela Marah, Dendam dan Dengki
  • Kitab Mencela Dunia
  • Kitab Mencela Kekikiran Dan Harta Kekayaan
  • Kitab Mencela Pangkat Dan Riya’
  • Kitab Mencela Takabbur Dan Bangga Diri
  • Kitab Mencela Ghurur (Terpedaya)
  • Kitab Taubat
  • Kitab Sabar Dan Syukur
  • Kitab Takut Dan Harap
  • Kitab Kemiskinan Dan Kezuhudan
  • Kitab Niat, Ikhlas Dan Benar
  • Kitab Menghisab Dan Meneliti Diri
  • Kitab Tafakkur (Berfikir)
  • Kitab Mengingati Mati

***********************************

******       Selamat membaca dan beramal         ******

******       Terima kasih kerana terus memberi sokongan         ******

******       Semoga segala usaha ini ada manfaatnya         ******

***********************************

Advertisements

Pihak kami ingin memohon maaf kerana blog ini tidak dapat dikemaskini semenjak 3 minggu lepas.

Namun demikian, Alhamdulillah, blog ini telah pun secara beransur-ansur dapat memuatkan isi dari Kitab Bimbingan Mukminin (Mau’izhatul Mukminin) dengan memindahkan kandungan yang telah disiarkan sebelum di Geocities (yang kini sudah tamat perkhidmatannya).

Insha Allah, sambungan dari posting yang terakhir dari bab Kitab Uzlah (Menyendiri) Dan Pergaulan akan disambung dengan bab seterusnya Kitab Tata-tertib Pelayaran (Musafir).

Tetapi sebelum itu, blog ini akan mengemaskinikan bab dari Kitab Zakat yang tidak lengkap disiarkan (bahagian awal bab tersebut didapati tertinggal). Maka untuk seminggu ini, sebelum Ramadan, posting-posting yang tertinggal itu akan dimuatkan bagi melengkapkan Kitab Zakat.

Syukur Alhamdulillah juga, blog ini yang telah bermula pada Februari 2009 telah secara beransur mendapat sambutan baik yang berterusan dengan peningkatan “hits”nya yang kini telah berjumlah lebih 30,000 capaian. Dengan permulaan, purata kurang dari 10 capaian sehari pada 2009, ianya telah meningkat kepada purata 40 capaian sehari pada tahun 2010. Setakat Julai 2011 ini, purata capaian harian untuk tahun ini telah hampir 80 “hits” sehari.

Semoga ianya bermanafaat untuk mereka yang membaca dan memerlukan maklumat-maklumat yang dipaparkan.

Jika ada sebarang cadangan untuk menambahbaikkan lagi blog ini sila ajukan. Wassalam

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

(klik pada imej untuk paparan yang lebih besar)

[dipetik dari laman rasmi JAKIM]

Doa Akhir Tahun ini dibaca sebanyak tiga (3) kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

.

.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

.

.

.

.

(klik pada imej untuk paparan yang lebih besar)

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun ini dibaca sebanyak tiga (3) kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

.

.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”

Kami memohon MAAF kerana kelewatan untuk menyambung posting-posting baru semenjak bulan Julai. Insha Allah mulai hari ini ianya akan disambung dengan posting-posting baru dari Kitab Bimbingan Mukminin setiap 2-3 hari sekali.

Insha Allah kita akan bersambung dengan Kitab Adab Pernikahan.

Kami memohon MAAF kerana kelewatan untuk memasukkan posting-posting baru semenjak yang terakhir lalu – berbanding dengan sebelum ini di mana ianya sentiasa ada yang baru sentiasa setiap 2-3 hari.

Sedang ditaip, edit dan usaha untuk memasukkannya segera. Insha Allah

Memandangkan Geocities telah menamatkan perkhidmatan web percuma mereka pada 26 Oktober 2009 maka laman Bimbingan Mukminin lama di http://www.geocities.com/bimbinganmukmin/ telah ditamatkan.

Kami sedang memindahkan semua artikel-artikel yang telah disiarkan sebelum ini secara berperingkat-peringkat ke blog ini.

Harap maklum, wassalam

Next Page »