musafir


Kelonggaran diberi untuk berbuka puasa dalam bulan Ramadhan adalah suatu kemudahan khas yang diberikan kepada orang-orang musafir. Namun jika ia boleh berpuasa itu adalah yang lebih utama.

Melainkan kalau puasa itu akan mendatangkan bahaya atau kesusahan, maka ketika itu barulah berbuka puasa lebih utama. [namun ia perlulah ganti puasa yang dibukanya itu]

Maka dengan itu berakhir bab Kitab Tata-tertib Pelayaran (Musafir). Klik si sini untuk kembali ke senarai kandungan bab Kitab Tata-tertib Pelayaran (Musafir)

Dalam mendirikan sembahyang-sembahyang sunnat pula, telah diberikan kemudahan untuk mengerjakannya, meskipun di atas binatang tunggangan, supaya penunaiannya tiada tergendala disebabkan pelayaran itu.

Rasulullah s.a.w. sendiri pernah bersembahyang sunnat di atas binatang tunggangannya, tidak kira ke arah mana saja binatang itu menuju. Baginda pernah juga bersembahyang witir ketika berada di atas binatang tunggangannya.

Orang yang bersembahyang di atas binatang tunggangganya tidak perlu turun untuk ruku’ dan sujud, malah memadailah ia menundukkan kepala saja, dan tunduknya kerana sujud biarlah lebih rendah dari tunduk kerana ruku’.

Adapun tentang menghadap kiblat dalam sembahyang-sembahyang yang tersebut, maka hukumnya tidaklah wajib, tidak ada permulaan sembahyang ataupun pada seluruh sembahyangnya, tetapi hendaklah arah tujuan perjalanannya menggantikan kiblat. Tegasnya hendaklah seluruh sembahyangnya sama ada berhadapan arah ke kiblat ataupun berhadapan arah tujuan perjalanannya agar sembahyang itu menghadap satu arah yang tertentu.

Bagi musafir yang berjalan kaki, diberikan kemudahan untuk bersembahyang sunnat sewaktu berjalan kaki. Dan bila sampai waktu ruku’ dan sujud, hendaklah ia menundukkan kepala dan tidak perlu duduk lagi untuk bertasyahhud. Hukumnya di dalam hal ini, samalah seperti hukum orang yang bersembahyang ketika menunggang binatang. Hanya satu perkara yang mesti dilakukan berhadapan ke arah kiblat, iaitu ketika mengihramkan sembahyang (takbiratul ihram).

Seterusnya bagi orang yang melarikan diri dari musuh, atau takut kerana diserang binatang buas, atau dilanda banjir besar boleh ia menunaikan sembahyang fardhunya ketika dalam keadaan menunggang binatang, ataupun ketika sedang berjalan kaki, dan cara-caranya sama seperti yang telah dibentangkan di atas dalam perkara menunaikan sembahyang-sembahyang sunnat

Klik untuk baca: Keperluan bekalan untuk akhirat seorang musafir
Klik untuk kembali ke senarai tajuk-tajuk utama dalam “Kitab Tata-tertib Pelayaran (Musafir)”

Bagi orang musafir, Qasar atau menyingkatkan sembahyang, maka telah diberikan kemudahan pada salah satu dari sembahyang-sembahyang yang berikut, iaitu: (1) Zohor, (2) Asar dan (3) Isya’ dengan melakukan hanya dua rakaat saja (ganti empat).

Dalam menentukan keadaannya sebagai seorang musafir, dikira dari ia meninggalkan bangunan-bangunan negeri tersebut.

Adapun Jamak atau menghimpunkan sembahyang, maka ia berlaku antara sembahyang-sembahyang zohor dan asar dalam salah satu waktu-waktu; keduanya, juga maghrib dan isya’ dalam salah satu waktu-waktu keduanya.

[Jamak bila didahulukan sembahyang yang empunya waktu dinamakan Jamak Taqdim iaitu asar atau isya’ ditunaikan dalam waktu zohor atau maghrib. Dan bila dikemudiankan dinamakan Jamak Ta’khir iaitu zohor atau maghrib ditunaikan dalam waktu asar atau isya’. Masing-masing ada syarat-syaratnya yang tertentu – pent.]

Kemudahan ini diberikan dalam pelayaran yang panjang (jauh) dan mubah (tidak haram). Melakukan jamak dalam pelayaran yang dekat, ada dua pendapat antara para alim ulama; ada yang membolehkan dan ada yang tidak membolehkan.

Andaikata seorang musafir itu menghimpunkan sembahyang zohor dan asar dalam waktu zohor, yakni Jamak Taqdim, maka hendaklah ia meniatkan menghimpunkan antara zohor dan asar dalam sembahyang yang pertama (zohor) sebelum ia selesai (memberi salam) sembahyang zohor.

[Maksud niat jamak itu, mestilah ditunaikan bermula dari berniat untuk bersembahyang zohor dan seterusnya, sehingga sebelum ia bersalam dari sembahyang zohor, niat jamak itu mesti diniatkan dalam hatinya. Sesudah salam tidak boleh berniat lagi, dan jika tiada berniat tidak boleh pula menghimpunkan (jamak) sembahyang-sembahyang itu, bahkan asar mestilah ditunaikan dalam masanya – pent.]

Untuk sembahyang zohornya ia berazan dan beriqamat. Sehabis menyelesaikan sembahyang zohor dan ketika hendak bersembahyang asar, dia hanya beriqamat saja (tanpa azan lagi).

Jika ia mengemudiankan zohor kepada waktu asar, maka caranya samalah seperti cara ia mendahulukan asar kepada zohor. Hanya perbezaannya ialah bahawa berniat untuk menjamak itu hendaklah diniatkan pada waktu yang pertama.

Klik untuk baca: Keperluan bekalan untuk akhirat seorang musafir
Klik untuk kembali ke senarai tajuk-tajuk utama dalam “Kitab Tata-tertib Pelayaran (Musafir)”

Mengenai tayamum pula, maka debu tanah menggantikan air dalam keadaan uzur, misalnya kerana berada jauh dari rumah sekadar jika ia berjalan menuju ke rumah untuk mendapatkan air tidak akan kedengaran olehnya jeritan orang yang meminta tolong.

Ataupun disebabkan di tempat air itu ada binatang buas atau musuh yang menanti, ataupun air yang ada dalam simpanan untuk digunakan sebagai air minum ketika kehausan sama ada untuknya mahupun untuk rakan-rakan dalam pelayaran itu.

Dalam keadaan-keadaan yang tersebut di atas tadi, dibolehkan ia bertayamum untuk menggantikan berwudhu’, tetapi kalau ada orang yang menjual air dengan harga yang berpatutan (tidak mahal), maka wajiblah ia membeli air itu untuk digunakan berwudhu.’

Jika dijual dengan harga yang berlebih-lebihan (terlalu mahal) tidak wajib membelinya, tetapi memadailah dengan bertayamum.

Klik untuk baca: Keperluan bekalan untuk akhirat seorang musafir
Klik untuk kembali ke senarai tajuk-tajuk utama dalam “Kitab Tata-tertib Pelayaran (Musafir)”

Mengenai menyapu atas sepatu ada sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Safwan bin Asal dari Rasulullah s.a.w. katanya:

Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan kami ketika dalam pelayaran supaya jangan menanggalkan sepatu-sepatu kami selama tiga hari tiga malam.

Maka tiap-tiap orang yang memakai khuf (sepatu), sedangkan ia dalam taharah yang membolehkan ia bersembahyang, kemudian ia berhadas, maka dibolehkan baginya hanya menyapu di atas sepatunya saja selama tiga hari tiga malam, dikira dari masa menyapu iaitu bagi seorang musafir.

Dan bagi selain musafir pun dibolehkan, tetapi hanya dalam masa sehari semalam saja.

******

Nota: Menyapu atas khuf (sepatu) itu ada syarat-syaratnya yang tertentu, dan salah satu syaratnya ialah sepatu itu mestilah menutup hingga ke buku lali. Dan syarat-syarat yang lain dapat dibaca dalam buku-buku fiqh. Tujuan dari memakai khuf dan menyapu (air) di atasnya saja untuk menggantikan membasuh kaki, ialah untuk menghindarkan diri dari terkena sejuk, sebab kegunaan khuf biasanya hanya berlaku dalam musim-musim sejuk saja – pent. 

Klik untuk baca: Keperluan bekalan untuk akhirat seorang musafir
Klik untuk kembali ke senarai tajuk-tajuk utama dalam “Kitab Tata-tertib Pelayaran (Musafir)”

Adapun bekal yang diperlukan dalam pelayaran ke akhirat iaitu ilmu pengetahuan yang bakal menunjukkan dalam urusan taharah (bersuci), puasa, sembahyang dan peribadatannya; sebagai contoh:

1. Bertaharah bagi orang musafir diberikan dua kemudahan, iaitu boleh menyapu sepatu khuffain (klik) dan bertayamum (klik).

2. Bersembahyang fardhu bagi orang musafir diberikan dua kemudahan, iaitu boleh bersembahyang qasar (menyingkatkan) dan boleh bersembahyang jamak (menghimpunkan).

3. Bersembahyang sunnat bagi orang musafir diberikan dua kemudahan, iaitu boleh menunaikannya di atas kenderaan binatang ataupun ketika sedang berjalan kaki.

4. Dalam bulan puasa, bagi orang musafir diberikan satu kemudahan iaitu boleh berbuka.

Klik untuk baca: Keperluan bekalan untuk duniawi seorang musafir

Klik untuk kembali ke senarai tajuk-tajuk utama dalam “Kitab Tata-tertib Pelayaran (Musafir)”

Bekalan bagi kepentingan dunianya seorang musafir adalah seperti ialah makanan, minuman dan lain-lain keperluan seperti nafkah-nafkah dalam perjalanan.

Jika ia keluar bermusafir tanpa keperluan-keperluan ini boleh juga, kiranya pelayaran itu bersama-sama kafilah ataupun dalam pelayaran yang pendek antara beberapa perkampungan yang bersambung-sambungan.

Akan tetapi, jika pelayarannya mengharungi padang pasir seorang diri, ataupun bersama-sama rombongan, sedangkan mereka tiada membawa makanan atau minuman; andaikata mereka itu tergolong orang-orang yang mampu menahan lapar selama seminggu atau sepuluh hari ataupun mereka sanggup memakan apa saja yang mereka dapati di sepanjang perjalanan, seperti rumput dan sebagainya, maka bolehlah ia meneruskan perjalanannya.

Jika mereka tiada tergolong orang-orang yang mampu menahan lapar ataupun tidak sanggup makan rumput-rumput di perjalanan, maka pelayarannya tanpa bekalan makanan atau minuman itu adalah suatu maksiat. Sebab seolah-olahnya mereka mendedahkan diri mereka kepada kebinasaan.

Bukanlah maksud bertawakkal di sini dengan menjauhi segala macam sebab sekaligus, kalau tidak tentulah telah diwajibkan ke atas manusia sekalian supaya bersabar, sehingga Allah mengutus seorang Malaikat atau seorang manusia lain yang akan menuangkan air ke dalam mulutnya.

Klik untuk baca: Keperluan bekalan untuk akhirat seorang musafir
Klik untuk kembali ke senarai tajuk-tajuk utama dalam “Kitab Tata-tertib Pelayaran (Musafir)”

Next Page »