Kelas pengajian kitab Imam Al Ghazali “Bimbingan Mukminin” oleh Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady
Hari : Setiap Selasa malam Rabu (selepas maghrib hingga solat isyak)
Tempat : Masjid Wilayah, Jalan Duta, KL
Terbuka untuk semua – dijemput hadir.
Nota:
Kelas pengajian dibuat selari kedua-dua jilid 1 dan 2. Sehingga 13 Disember 2011, pengajian telah memasuki Bab Kitab Rahsia Sembahyang Dan Keutamaannya (Jilid 1) dan Kitab Melatih Diri Mendidik Budi Pekerti (Jilid 2)
*********************************************************************
Kelas pengajian kitab Imam Al Ghazali “Bimbingan Mukminin” oleh Ustaz Dr. Yusri Mohamad (Pensyarah UIAM, Yang Dipertua Yayasan Sofa dan Mantan Presiden ABIM) – http://pena-yusri.blogspot.com/
Hari : Setiap Isnin malam Selasa (selepas maghrib – isyak) minggu ke 2 & ke 4
Tempat : Masjid Darul Ehsan – Taman TAR, Ampang, Selangor
Terbuka untuk semua – dijemput hadir.
(Kelas pengajian bermula 18hb Oktober 2010)
*********************************************************************
Sesiapa yang ingin memaklumkan kelas pengajian Kitab Bimbingan Mukminin di blog ini, sila masukkan di dalam komen untuk disiarkan.
*********************************************************************
Kelas pengajian kitab-kitab Imam Al Ghazali yang lain:
1. Kitab Minhajul Abidin
Oleh: Ustaz Yunus bin Kamaruddin (http://ustazyunus.blogspot.com/)
Hari : Setiap Jumaat malam Sabtu (Jumaat ke-1 dan ke-4 setiap bulan) selepas maghrib.
Tempat : Masjid Ar-Ridhuan, Ulu Klang – tepi MRR2 bersebelahan persimpangan Ukay Perdana, Kuala Lumpur
Terbuka untuk semua – dijemput hadir.
*********************************************************************
Kelas Pengajian bersama Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady, kitab:
1. Maqalat Islamiyyin
2. Risalah Qusyairiy
Setiap malam Selasa malam Rabu (kecuali minggu pertama), bermula jam 9:15 di:
No. 2623 Jalan Permata 15, Taman Permata, Ulu Klang (dekat Zoo Negara/Taman Melawati)
Hubungi tel: 019-3199788 (Karim) untuk maklumat lanjut
June 21, 2010 at 3:41 am
Salam. masih ada lagi pengulangan kelas utk mengikut dari awal kitab?
July 12, 2010 at 11:21 pm
InshaAllah kelas sekarang ini dijangka habis kitab yang dibaca dalam seminggu dua lagi.
Ustaz Uthman dijangka akan mengulang semula kitab Bimbingan Mukminin dari awal selepas itu.
July 1, 2011 at 12:57 pm
saya ingin sangat mengaji kitab-kitab secara trdisional kitab jawi,,kat mane
November 1, 2011 at 11:10 am
saya ingin belajar tafsir nur ihsan mana ada kelas yg mengajar kitab tersebut..klu selepes subuh elok lh juga
December 27, 2011 at 6:56 am
Sebenernya saya ingin mengikuti cuma jauh dari rumah saya/?bagaimana yah..syukron
December 30, 2011 at 4:48 am
Insha Allah kelas ini dirakam video.
Cuma kesempatan untuk edit dan upload amat terkebelakang.
Insha ALlah akan diusahakan untuk masuk dalam masa2 akan datang.
Moga ada manfaatnya.
January 26, 2012 at 6:50 am
adakah kelas-kelas ini masih berjalan seperti di lokasi yang tertera di tahun 2012 ini? saya amat berminat untuk mempelajari kitab bimbingan mukminin itu. Harap pihak tuan dapat membantu.
January 26, 2012 at 9:19 am
Kelas di Masjid Wilayah masih berjalan seperti biasa, setiap Selasa lepas maghri (pusingan ulangan kedua – kitab sama)
Kini – Bab Solat.
March 2, 2012 at 8:15 pm
Salam
Sy sedang mencari guru untuk mendekatkan diri dgn ulama’ dan ilmuan, skrg sy cuma menonton video2 yg ada di maya dan mendengar kuliah di masjid berdekatan. tetapi sy merasakan tidak cukup sekadar mendengar video & mendengar kuliah di masjid lalu sy terfikir untuk mencari seorang guru. Jika saudara ada kenalan ulama’ dan ilmuan yg berhampiran negeri melaka, harap boleh dikongsikan, insyaAllah sy ingin menggauli dgn org sedemikian.
Terima kasih.
March 20, 2013 at 2:16 am
Kelas pengajian Kitab Bimbingan Mukminin
Masjid Syarifah Fatimah Bt 13 Kemunting Baru Jitra
Setiap Selasa malam Rabu selepas solat Maghrib