Syarat sahnya haji ialah dua perkara: Waktu dan Islam. Haji seorang anak kecil dihukumkan sah.

Dia boleh meniatkan ihramnya sendiri bila dia anak yang mumaiyiz (dapat membedakan), tetapi kalau belum mumaiyiz maka niat ihram hajinya diniatkan oleh walinya. Dan hendaklah wali itu menyuruh anak kecil itu melakukan sebagaimana yang ia lakukan untuk pekerjaan-pekerjaan haji, seperti tawaf, sa’i dan sebagainya.

Adapun waktunya pula ialah: Syawwal dan Zulka’edah dan seterusnya sembilan hari dari Zulhijjah, sehingga terbitnya fajar pada Hari Raya Korban (Hari Raya Haji).

Barangsiapa yang berihram dengan haji pada masa-masa selain dari segi yang tersebut itu, maka amalannya dikira umrah. Umrah pula boleh dilakukan pada semua masa sepanjang tahun.

Adapun syarat-syarat penunaiannya sebagi Haji Islam ialah: baligh, aqil dan waktu.

Baba seterusnya ialah Wajib-wajib Haji.

Klik untuk kembali ke senarai tajuk-tajuk utama dalam “Kitab Rahsia Haji”

Mengenai keberangkatan kerana melawat masjid-masjid utama, Allah telah berfirman:

“Permaklumkanlah kepada sekalian manusia untuk melakukan ibadat Haji nescaya mereka akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan mengenderai (unta dan lain-lain) mereka itu akan datang dari segala ceruk penjuru yang jauh.” (al-Haj: 27)

Berkata Qatadah: Apabila Allah s.w.t. memerintahkan Ibrahim a.s. untuk mengisytiharkan kepada manusia sekalian dengan amalan Haji beliau menyeru: Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mendirikan rumahNya, maka hendaklah kamu mengunjunginya.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang naik haji sedangkan ia tiada berkata kotor atau berbuat jahat, dia keluar dari dosa-dosanya suci seperti keluarnya bayi di hari dilahirkan oleh ibunya.” (Sahih Bukhari dan Muslim)

Ada suatu riwayat yang mengatakan: Bahawasanya Kaabah itu nanti di Hari Kiamat akan diarak seperti seorang pengantin perempuan di hari langsung dan setiap orang yang telah berhaji kepadanya akan kelihatan bergayutan di tabir-tabirnya, sambil berjalan bersama-samanya sehingga masuk ke dalam syurga.

Al-Hasan al-Basri r.a berkata: Bersedekahlah satu dirham di Kaabah itu dibalas dengan seratus ribu, begitu pula setiap kebajikan yang dilakukan di situ digandakan Allah pahalanya. Dengan seratus ribu kali. Ada yang menambah pula, bahawa melakukan kejahatan juga dilipat-gandakan dosanya, sebagaimana dilipat-gandakan pahalanya.

Apabila Rasulullah s.a.w kembali semula ke Makkah, baginda lalu mengadap kepada Kaabah seraya berkata: Sesungguhnya engkau ini sebaik-baik bumi Allah azzawajalla dan negeri Allah yang paling aku cintai. Kalaulah tidak kerana aku telah dihalau daripadamu, tentulah aku tidak akan keluar meninggalkanmu.

Sesudah Makkah, tidak ada bumi yang lain yang lebih diutamakan seperti negeri Madinah yang terkenal dengan nama Madinah Rasulullah s.a.w. Segala amal ibadat di dalamnya juga dilipat-gandakan pahalanya.

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

“Satu kali sembahyang di dalam masjidku ini adalah lebih utama daripada seribu kali sembahyang di tempat lain, kecuali Masjidil-Haram”. (Sahih Bukhari dan Muslim)

Dan sesudah Madinah Rasulullah s.a.w pula, ialah bumi Baitul Maqdis kerana bersembahyang di dalamnya mendapat pahala sebanyak lima ratus sembahyang kecuali Masjidil Haram.

Sesudah ketiga-tiga bumi yang suci maka tempat-tempat yang lain semuanya sama dari segi darjatnya kecuali di lubang-lubang gunung kerana menghuni di dalamnya untuk tujuan beribadat, maka ia juga merupakan suatu keutamaan yang besar.

Sebab itulah Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tiada dipersiapkan pelayaran melainkan kepada tiga masjid; iaitu Masjidil Haram, masjidku ini (Masjid Madinah) dan Masjidil Aqsa.”

Kecuali ketiga-tiga masjid yang di atas tadi, masjid-masjid yang lain, semuanya sama dari segi darjatnya. Setiap negeri tentulah ada masjidnya sendiri, maka tiada ertilah belayar untuk menuju ke masjid lain.

Berikut, kita perturunkan syarat-syarat kewajiban Haji, iaitu rukun-rukunya dan wajib-wajibnya serta larangan-larangannya.

Klik untuk kembali ke senarai tajuk-tajuk utama dalam “Kitab Rahsia Haji”

Allah s.w.t. telah menjadikan Rumah Allah yang mulia (Kaabah) itu tempat perkunjungan orang ramai dan tempat aman kesentosaan, dan Allah telah meletakkannya di tempat yang paling tinggi, dengan dinisbahkannya kepada diriNya sebagai tanda kemuliaan, kehormatan dan keutamaan.

Kemudian Allah telah menjadikan berziarah kepadanya serta bertawaf di sekelilingnya sebagai pelindung antara hamba dengan penyiksaanNya.

Haji itu pula merupakan salah satu dari Rukun-rukun Islam dan sendi-sendinya yang terkuat, diwajibkan sekali seumur hidup. Dengan menyempurnakan ibadat Haji itu akan tersempurna pulalah Islam seseorang itu dan lengkaplah agamanya.

Kini sewajarnyalah ditumpukan perhatian sepenuhnya kepada keterangan-keterangan lanjut mengenai Haji, dan juga mengenai rukun-rukunnya, adab tertibnya, keutamaan dan rahsia-rahsianya.

Kandungan:

Bab-bab dalam Kitab Rahsia Haji ialah: